sudah agak lama aku tidak menulis diruangan ini. terlalu banyak masa yang ku luangkan di luar sana, sampaikan untuk diri sendiri aku terlupa.setiap hari ku lalui dengan penuh keriangan dan aku merasakan yang aku adalah manusia paling happy tanpa aku mengira akan adanya kesedihan sebegini. aku tidak pernah terfikir akan melalui semua keperitan ini kerana aku begitu percaya akan semua janji yang di ucap. itu lah aku yang begitu tolol dan dungu dalam menilai kehidupan masa kini.
apa yang harus aku katakan aku menerima segalanya kini dengan hati yang terbuka dan aku juga tidak mengharapkan kegembiraan dulu menjadi milik ku. biarlah aku hidup didalam kesakitan dan keperitan ini utk selamanya. aku gembira dengan keperitan yang kau berikan. kerana aku kini telah hilang segala rasa setelah aku kau jadikan sampah. aku mula menerima segala kekurangan dan keburukan diri mu kini, tapi kini itu semua tidak membawa makna lagi. biarlah aku sendiri dalam meniti perjalanan hidup yang semakin menghampiri ke penghujungnya.
pencarian ku dan penantian ku selama 23 tahun tidak bermakna apa2 kini.. aku seperti bebunga lalang..bergerak mengikut arah tiupan angin kau perlaku kan.. pun begitu aku tetap menerimanya. segala keburukan itu adalah diri ku, segala kekurangan itu adalah diri ku... aku menerima segala apa yang kau perkatakan biar pun pedih hati menerima tutur kata itu.. pada ku aku sudah terlalu berlembut sampaikan kini aku kau injak.. tak mengapalah, aku tetap begini untuk selamanya... biar aku yang di pandang jahat oleh mata dan fikiran mu, dan biarlah kau merasakan yang kau sempurna.. aku tetap jua begini...
aku tidak lagi mengharap untuk memiliki kebahagiaan bersama setelah aku kau perlekehkan dengan kata2 yang begitu menusuk yang begitu bisa. aku sedar aku hanya gadis biasa yang tidak setaraf dengan gadis2 lain yang kau temui kini. tak mengapalah kerana aku mengenali diri mu dulu seorang lelaki kampung yang penuh dengan sikap penyayang, tidak seperti kini. aku sudah biasa kini dengan leteran dan cacian dari diri mu. dan aku juga sudah lali di persalahkan setiap masa..aku tetap menerimanya..
apa yang mampu aku perkatakan kini kasih mu kian pudar di mamah perubahan waktu dan sikap peribadi mu. aku tetap menerima nya kerana aku juga mungkin akan turut berubah mengikut kemahuan diri mu...
Tuesday, March 22, 2011
kasih kian pudar di mamah perubahan waktu
Posted by Jaja Nor at 9:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment