sudah agak lama aku tidak menulis diruangan ini. terlalu banyak masa yang ku luangkan di luar sana, sampaikan untuk diri sendiri aku terlupa.setiap hari ku lalui dengan penuh keriangan dan aku merasakan yang aku adalah manusia paling happy tanpa aku mengira akan adanya kesedihan sebegini. aku tidak pernah terfikir akan melalui semua keperitan ini kerana aku begitu percaya akan semua janji yang di ucap. itu lah aku yang begitu tolol dan dungu dalam menilai kehidupan masa kini.
apa yang harus aku katakan aku menerima segalanya kini dengan hati yang terbuka dan aku juga tidak mengharapkan kegembiraan dulu menjadi milik ku. biarlah aku hidup didalam kesakitan dan keperitan ini utk selamanya. aku gembira dengan keperitan yang kau berikan. kerana aku kini telah hilang segala rasa setelah aku kau jadikan sampah. aku mula menerima segala kekurangan dan keburukan diri mu kini, tapi kini itu semua tidak membawa makna lagi. biarlah aku sendiri dalam meniti perjalanan hidup yang semakin menghampiri ke penghujungnya.
pencarian ku dan penantian ku selama 23 tahun tidak bermakna apa2 kini.. aku seperti bebunga lalang..bergerak mengikut arah tiupan angin kau perlaku kan.. pun begitu aku tetap menerimanya. segala keburukan itu adalah diri ku, segala kekurangan itu adalah diri ku... aku menerima segala apa yang kau perkatakan biar pun pedih hati menerima tutur kata itu.. pada ku aku sudah terlalu berlembut sampaikan kini aku kau injak.. tak mengapalah, aku tetap begini untuk selamanya... biar aku yang di pandang jahat oleh mata dan fikiran mu, dan biarlah kau merasakan yang kau sempurna.. aku tetap jua begini...
aku tidak lagi mengharap untuk memiliki kebahagiaan bersama setelah aku kau perlekehkan dengan kata2 yang begitu menusuk yang begitu bisa. aku sedar aku hanya gadis biasa yang tidak setaraf dengan gadis2 lain yang kau temui kini. tak mengapalah kerana aku mengenali diri mu dulu seorang lelaki kampung yang penuh dengan sikap penyayang, tidak seperti kini. aku sudah biasa kini dengan leteran dan cacian dari diri mu. dan aku juga sudah lali di persalahkan setiap masa..aku tetap menerimanya..
apa yang mampu aku perkatakan kini kasih mu kian pudar di mamah perubahan waktu dan sikap peribadi mu. aku tetap menerima nya kerana aku juga mungkin akan turut berubah mengikut kemahuan diri mu...
Tuesday, March 22, 2011
kasih kian pudar di mamah perubahan waktu
Posted by Jaja Nor at 9:54 AM 0 comments
Thursday, January 6, 2011
apa salah ku..jelaskan
dah agak lama aku tidak menulis disini..kesihatan ku agak terganggu sejak kebelakangan ini.. ingat kan bila sudah berpindah dan berada jauh dr mereka2 yg tidak myukai ku aku sudah lepas dr rasa dengki dia orang rupanya tidak, masih lagi dia mmburu aku dgn sgala cerita yg tidak benar ttg aku dan famili ku.ikutkan hati ku yg panas mdidih ni ingin rasanya aku myumpah semuanya mjadi batu yg tdk punya harga. entah apa lg yg mereka mahu. aku mmg aktif bersama PERKEP satu persatuan yg wajib aku sertai memandangkan suami aku tu polis aku pulak mmg dh jd ahli PERKEP. tapi tu lah manusia ni mmg tak suka tgk org lebih dr dia. ada saje lew yg di fitnahnya.. aku di cop menjadi kroni org tu lah org ni lah.. hahaha tergelak aku bila ada yg myampai si pulan dn si pulan bcerita dari sorang ke sorang.. lantak lah aku tak minta mkn dr dia org, aku jlnkan tugas ku berdasarkn perlembagaan. tak lari dr perlembagaan bermakna aku tdk salah dlm mjlnkan tugasan aku sbagai setiausaha.
hemmm...di takdirkan allah mmberi anugerah kpd kami semua dgn kenaikan pangkat suami ku. ini bermakna kami akan di pindah kan keluar dari unit tersebut. lalu tercampak kami kesini di negeri 9 ini. berpayung di unit 7 seremban lah pulak.sepanjang disini aku hanya terperap di rmh menjaga kperluan kluarga. terasa takut utk aku myertai persatuan ni takut benda2 lama akan brulang balik tkena pada aku. rasanya baik aku tumpu pd perniagaan aku dari terus bgiat dlm psatuan. mana tak nya selama aku berada di unit lama mcm2 aku kena, tak cukup dgn fitnah aku di santau. ksihatan aku cukup tganggu. mereka2 ni tak suka aku lebih dr mereka. mereka2 ni pulak jenis suka mengampu, membodek keja mereka. aku pula jenis tegas tak mkn dek smua itu, lg lh mereka geram dn benci kan aku. smpai snggup guna2 aku dgn jin setan segala. bukan aku tak tahu siapa yg guna2 kan aku pakai hantu raya, aku tahu semua tu tp aku msh mmpu mnaham amarah.aku msh boleh bsabar dgn sikap pompuan bhati busuk tu. bckp amboi ibarat pijak semut tk mati tp bila di blkg huh...jgn kan semut, gajah liar di hutan pun mati kering dgn sikap buruknya itu. tak pe suatu masa nnti dia akan dpt malu besar dissbkan sikap buruk dia yg suka mnfitnah aku tu.. bila sampai masanya aku sumpah semua nya terbalik terkena pd dirinya. pepatah mengatakan senjata makan tuan, itu lah yg akan terjd pd dirinya. ingat2 lah wahai pompuan akan tba masa nya nnti
dalam pjumpaan tnpa hadirnya dirinya aku sedap jer semua bcerita ttg buruk nya sikap aku. huhh manusia tak mgenang budi pandai berkata pusing2... tak sangka org yg kita anggap alim ni rupanya dialah racun bg segala kekusutan. dgn tittle ustazah tak sepatutnya dia bsikap duri di dlm daging. tp tu lah dia manusia biasa tak pernah lari dr ksilapan dan itu lah ksilapan tbesar dia memfitnah aku dgn pelbagai..aku tak kisah dgn sikap munafik nya itu.. ada aku kisah..? hahahaha tak mahu aku jd sprt dia..busuk mulut dan jiwa. utk mereka2 di luar sana terutamnya di unit lama tu aku hrp dn berdoa satu hari nnti kamu semua akan menderita jiwa sprt mana kamu lakukan pd aku.. aku mendoakan itu disetiap lps solat, dan aku sumpah semua yg mmbuat aku derita, akan menderita sprt aku rasai.... insyallah allah itu maha adil...aku percaya satu masa nnti akan tiba...
jaja290470
Posted by Jaja Nor at 7:39 PM 0 comments
Tuesday, December 28, 2010
terjerih aku menanti kehadiran nya...kini hampa
seperti insan lain aku di lahir kan ke dunia oleh bonda ku.. seperti anak2 kecil yg lain juga aku mempunyai ragam sewaktu usia pembesaran ku.. aku lasak tidak seperti budak2 perempuan yang lain.. sikap ku lebih kepada sikap lelaki. aku memang gemar memanjat pokok rambutan. bergayut di pohon rambutan, disitu lah juga tempat aku menyembunyikan diri bila mana ayahanda ku mengamuk.. hehehehe pendek kata aku memang anak yang cukup2 lasak.... bila usia ku meningkat perubahan ku mula ketara, aku mampu melihat benda2 ghaib yang orang lain tak nampak. aku juga mampu mendengar suara2 manusia yang bercakap yang aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya suara itu.. aku menjadi takut dan pernah satu masa aku demam teruk di sebabkan itu semua. ayahanda ku yang mengubati ku dan menceritakan semua kejadian itu. aku mula faham sedikit demi sedikit. walau pun aku tidak mahu mendengar atau melihat itu semua lagi namun aku tidak mampu untuk menolak nya.. semakin hari semakin nyata aku melihat kewujudan penghuni lain di muka bumi ini..
bila usia ku meningkat remaja aku sering mendapat mimpi yang aneh2 hingga kan aku menjadi takut. aku jadikan ayahanda ku tempat aku mencurah kan segala permasalahan ku itu.. ayahanda lah tempat aku menceritakan segala dan ayahanda lah yang selalu menasihati dan mengajar aku untuk lalui semua itu dengan berani dan pasti.. hingga lah aku mendapat mimpi tentang pernikahan ku di alam sana. aku di ijab kan dengan lelaki yang aku tidak kenal. dewa dah dia atau bunia kah dia atau manusia jenis apakah dia yang di ijabkan bersaksi kan semua yang ada.. esoknya aku terus nyatakan tentang mimpi ku itu.. ayahanda diam terkaku bila mendengar semua perkabaran ku itu....
semakin aku dewasa mimpi itu selalu ada sehingga kan terbawa sampai 41 hari. semua yang ada di dalam mimpi itu seperti nyata aku laluinya. sekali lagi aku kabarkan tentang mimpi itu pada ayahanda, terdiam juga tidak terkata. terkunci bicara ayahanda ku. aku juga keliru tentang pernikahan ku itu... walau apa pun selama 41 hari aku bersama orang yang aku tidak kenali..melayani aku dengan penuh kejujuran. dan aku tahu sinar cahaya dimata nya penuh kejujuran dan keikhlasan. aku mencari insan itu selama 23 tahun.. dan selama itu juga aku tidak pernah lupa akan wajahnya.. terbayang di mata seiring dengan pernafasan ku. aku ingin menemui dirinya..ingin sekali aku menatap dan mencium tangan nya. tapi SIAPA KAH INSAN ITU...?
kini setelah genap 23 tahun aku menemui dirinya berdiri tegap di hadapan ku. terkebil mata ku merenung dirinya dan berdebar jantung ku menahan rasa di jiwa. siapa kah dia..? benar kah dia yang wujud berdiri di hadapan ku ini..? tapi kenapa baru sekarang dia menghadirkan diri setelah aku mula mencuba untuk melupai dirinya.. kenapa di waktu aku memerlukan dirinya dia tidak pernah untuk hadir kan diri.... benar kah dia yang hadir di dalam mimpi ku selama 41 hari tu..? terjerih aku untuk memiliki dirinya namun aku hampa... dan penantiaan ku selama ini tidak membawa apa2..aku hanya mampu memandang tapi tidak memiliki....
jaja290470
Posted by Jaja Nor at 6:56 PM 0 comments
Monday, December 27, 2010
penantian berbunga kasih
Hari ini aku mencuba lagi untuk menulis walau pun didalam keadaan ku yg tdk seberapa baik.. Hati yg berdarah dan terluka. Namun aku mencuba sebaiknya untuk menulis, ingin aku meluahkan segala didada penulisan ini. Bukan niat ku untuk menolak cinta dari mu cuma aku tidak mampu untuk menerima cinta lain selain dia. aku setia menanti akan kepulangan nya dan aku akan tetap setia menantinya. biar pun ramai di kalangan rakan2 ku mempersendakan penantian ku namun aku tetap sabar menanti. aku tahu dia pasti kembali. aku yakin itu.kerna aku mengenali siapa dirinya...
Hari ini genap lah 2 tahun aku menanti dirinya.. dia lenyap seperti di telan bumi tiada perkhabaran lansung. sunyi dan sepi seperti pelabuhan di tinggalkan kapal. aku tetap menanti dan terus menanti kerna hati kecil ku begitu yakin dia akan kembali.. pasti kembali. di tempat ini suatu masa dulu aku bersama nya dan hari ini demi mengingati setiap detik itu aku menghadirkan diri berdiri menanti penuh harap.. "assalamualaikum.." satu suara hinggap di cuping telinga ku. seakan dunia berhenti berputar di kala suara itu mengucapkan salam.. aku tahu siapa pemilik suara itu.. ya tuhan bermimpi kah aku..? "walalaikummussalam" aku menjawab tanpa menoleh kebelakang. aku tidak mahu menghilangkan keyakinan ku itu kiranya aku menoleh.. aku tetap menghadap laut yang terbentang luas." boleh saya tumpang melihat laut.." huh.. mimpi kah aku..? atau ini semua khayalan aku semata.." laut ini bukan kepunyaan saya, ia kepunyaan semua.. sila lah.." aku masih tidak berganjak menatap ombak. " kenapa saudari suka melihat ombak dari melihat saya..?" ya tuhan bermimpi kah aku ini.. seperti mahu gugur jantung ini bila suara itu semakin mnghampiri.. aku menoleh pasti, aku tidak mahu suara itu hilang di telan dek bising sang ombak.. " azwan..?" dia tersenyum seperti biasa masih tidak berubah.. " hemm lebih suka melihat ombak ya dari melihat muka az.. ya lah siapa lah az ni kan.." masih dengan senyuman dia mengusik aku yang masih kaget dengan kemunculan diri nya. "bu...bukan macam tu.." tergagap aku membetul kan keadaan... "cuma..." "cuma apa..?" ayat ku di potong tanpa sempat aku menerangkan nya.. "az lah ni, kenapa masih tak caya ya.." pipi ku di cubit.."auss..sakit..." seperti biasa aku mengadu kesakitan dan seperti biasa pipi ku juga lah yang akan menjadi mangsa cubitan nya.."hemm tahu sakit ya, ingat mimpi ke bila tengok az di depan mata ni.." aku sedar kini aku tidak bermimpi aku tidak berkhayal..dia berada di depan mata ku kini. insan yang selama ini aku menanti penuh harap telah berada betul2 didepan ku.. ya tuhan betapa bertuahnya aku kini.. " kemana az menghilang selama 2 tahun ju tunggu.." aku bertanya soalan yang sudah lama ku simpan.." az keja lah syang, mana lagi az pegi..sayang kan tahu az susah nak dapat cuti.." tangan ku di genggam penuh erat seperti dia juga merindui ku.. " ya tahu tu tapi tak kan az tak boleh hubungi ju untuk bagi tahu keadaan az, bukan sekejap tau ni dah 2 tahun.." aku mula meluahkan rasa tidak senang ku dengan sikap nya.." hemmm...dia mula dah... az dah balik kan sekarang ni, berada betul2 depan ju.. ju tak suka ke..?" sebuah pertanyaan yang begitu berat untuk aku menerima nya.. " kalau ju tak suka ju tak akan datang kesini dengan harapan ju dapat berjumpa dengan az hari ni. az tolong lah jangan buat ju macam ni lagi.." air mata mula menitis. tidak mampu untuk aku menahan sebak. " ok..ok sayang az janji az akan call ju setiap masa nanti k.." tangan ku di cium tanda kemaafan.. begitu lah sikap nya selama aku berada bersama nya. tidak ada yang berubah walau pun sudah 2 tahun aku tidak menemuinya. "ju, az ada sesuatu untuk ju..tak tahu lah ju suka atau tidak..." dia menghulurkan sebuah kotak berwarna pink. hati ku berdebar..." apa ni.." aku bertanya pendek.."buka lah nanti ju akan tahu.." aku membuka kotak pemberiannya dengan penuh hati2.. Ya tuhan sebentuk cincin berlian berkilau indah di dalam nya.. " untuk apa ni az, kenapa hadiah kan ju dengan cincin semahal ini.." " kita kawen sayang..." hanya itu ucapan nya.. aku terkejut dengan lamaran nya di petang yang semakin menggelap.. " az melamar ju..?" aku bertanya seperti orang bodoh.. dia hanya tersenyum mengiakan pertanyaan ku.. aku terharu lantas ku peluk dia yang masih tersenyum.." kita kawen sayang...sudikah ju menerima az seadanya az.." aku hanya mengangguk tanpa bicara. hanya airmata yang berbicara dikala itu. betapa bertuahnya aku, selama 2 tahun aku menanti dia dengan penuh sabar dan ini lah hasil berkat kesabaran ku itu... terimakasih azwan kerana tetap memilih aku biar pun tahun silih berganti...
jaja290470
Posted by Jaja Nor at 7:55 PM 0 comments
Tuesday, December 21, 2010
terkunci bicara....
Hari ini 22 Dec 2010 baru aku sedari yang aku di permainkan oleh janji manis nya.. menyampah aku dibuatnya. tapi salah aku juga sebab terlalu dungu mempercayai dirinya 100%. dah mmg sikap aku mcm tu percaya kan org yg aku syg dgn jujur, ikhlas dan telus. utk apa lg aku meragui sikapnya, itu fikir ku tp rupa2nya di sebalik kpercayaan ku dia msh lagi bsikap sprt dulu... peramah tak menentu dgn smua gulz yg dia kenal... katanya dulu tak nk bhubung dengan semua ex nya tapi rupa2nya dia msh bhubung, tidak pun dia cari gulz baru untuk disapa dan dijadikan teman borak nya di alam maya.. huh... aku begitu percayakan phubungan ini dgn penuh ikhlas tnpa ada rasa curiga tp.... itu lah kaum adam snantiasa rasa tdk cukup dgn apa yg dia miliki... bila yg dimiliki sudah lenyap dr pandangan mata nya dan dr sisi nya baru dia akan myesal dan mahu menghargai...tp di waktu itu utk apa lagi...?
nak tangisi sebuah kehilangan pun dah tak guna sbb lau hati merana ni susah juga untuk di ubati... aku pun satu suka mengalah walau pun hati aku perit di sakiti.. di bohongi pun masih mampu ketawa. bodoh, bebal btul aku ni. ya lah itu lah aku... aku mengalah bukan bermakna aku salah atau aku kalah, aku mengalah kerna perjanjian aku dgn dia untuk berlaku jujur, ikhlas dan telus dlm phubungan ini.. itu yang aku pegang tapi dia kini rasanya dah mula lupa dengan semua perjanjian itu... tak mengapa lah sementara aku masih bernyawa aku akan mengalah tapi kiranya suatu detik kelak semua bicara ku terkunci, maaf kan aku bila tiba nya saat itu nanti.. kau harus berfikir tentang silap diri mu sendiri dalam perhubungan kita ini.. JUJUR, IKHLAS DAN TELUS ITU LAH PERJANJIAN KITA....!!!!!!!!!!!!!
jaja290470
Posted by Jaja Nor at 4:16 PM 0 comments
Monday, December 13, 2010
izin kan aku
Aku tidak pernah terfikir akan terlibat di dalam kancah permasalahan ini. aku juga tidak pernah terfikir untuk merasai kesakitan sebegini. seperti kata pepatah harapkan panas berpanjangan tapi hujan di tengahari. aku amat bahagia setelah apa yg aku nanti selama 23 tahun telah ku temui.. walau pun pertemuan ini berbeza dr pertemuan yg lain namun aku bersyukur kerna dia juga mengalami apa yang aku alami. walau pun tidak kesemuanya dia menerima mimpi seperti aku namun yang pasti nya satu mimpi itu amat pasti kerana kami berdua mengalami nya. kenapa aku yg di pilih untuk menjadi peneman hidup nya. walau apa pun di waktu itu aku amat bahgia kerna apa yg ku nanti telah ada di depan mata ku. menjadi kan aku insan yang paling bahagia apa tah lagi sewaktu menunaikan solat buat pertama kali, bacaan nya sama seperti bacaan di dalam mimpi ku selama 41 hari itu.menitis airmata ku tak kala surah yang di baca nya itu adalah surah yang sering kali ku dengar di dalam mimpi.. 41 hari aku mendengar bacaan dari surah yang sama. apa kah semua nya kebetulan atau telah tertulis segalanya.
kami layari kisah kasih kami seperti biasa namun ternyata aku masih gagal untuk menjadi sempurna di depan matanya. aku mencuba untuk tidak berfikiran negatif dan senantiasa berfikiran positif. salah siapakah kiranya setiap perlakuan nya mampu aku melihat.. aku tidak pernah meminta di lahirkan sebegini, yang mampu melihat setiap gerak geri pasangan nya. aku cuma insan biasa itu yang ku tahu. apa kah perasaan yang akan dirinya lalui andai dapat melihat setiap gerak geri ku seperti mana aku mampu melihat dirinya. aku hanya bertahan walau pun aku cemburu melihat dirinya di dampingi oleh wanita lain. aku juga hanya bertahan bila mana aku di bandingkan dengan wanita2 yang hadir di dalam dirinya sebelum aku. apa salah ku hingga sanggup dirinya membandingkan aku dengan mereka2 yg terdahulu dr aku.. aku menangis tapi air mata ku hanya mengalir di dalam hati.. meraung aku hanya jiwa ku yang mendengar. sakit ku hanya diri ku yang merasai.. di kala ini lagu satu wajah berkumandang enak di telinga.. ku hayati baris2 lirik begitu menyentuh hati dan perasaan ku.
ingin sekali aku kembali mengikut jejak nenda dn ayahanda bonda. tidak ada gunanya aku disini lagi andai aku penyebab dirinya tertekan dan terseksa.. sebuah perhubungan tidak mampu bertahan andai diri merasa tertekan di antara satu sama lain. aku ingin kembali buat selamanya dan terus ghaib dari ingatan nya supaya dia mampu mencari penganti aku yang mampu memahami setiap kemahuan nya dan yang mampu membahagia kan diri nya.. tidak seperti aku selalu membeban kan diri nya.. maaf kan aku di atas keputusan ini..
jaja290470
Posted by Jaja Nor at 11:07 PM 0 comments
pergi ku untuk selama nya..
Buta kah aku selama ini atau aku hanya membutakan mata melihat pembohongan nya terhadap aku. Apa kah kerna kasih sayang ku terhadap nya telah menutup mata hati ku terhadap segala pembohongan nya. Dengan hanya satu panggilan telefon segala nya terbongkar, aku terkaku bila mana mendengar semua perbualan nya. Aku tidak pernah menyangka setiap tutur kata nya adalah sebuah kepalsuan. Bicara lembutnya hanya untuk menutup kepalsuan yang selama ini ada di dalam jiwanya. Benar lah seperti katanya selama ini kenangan itu tidak mampu untuk di nyah kan dalam diri nya dan dia masih merindui setiap kenangan itu dan kehadiran aku tiada bermakna buatnya. Hadirnya aku hanya sandaran semata. Aku tidak akan menyalah kan mana-mana pihak dan aku tidak akan menyalah kan diri nya kerna ini jalan yang ku pilih. Aku telah membuat keputusan aku telah memilih dirinya untuk menjadi peneman malam ku lantaran itu aku harus bersedia untuk menerima seribu kemungkinan di dalam perhubungan ini.
Kasih sayang ku telah ku peruntuk kan semua nya untuk dirinya, tiada tersisa untuk yang lain walau pun ada segelintir yang masih menunggu jawapan dari ku. Untuk apa lagi aku terus memburu dan di buru sedangkan segala apa yang aku cari dan nanti selama ini telah ku temui di hujung usia ku kini. Aku hanya mampu tersenyum di dalam kesedihan yang teramat. Aku harus membuat pilihan kini untuk meneruskan perhubungan atau membuang dirinya jauh dari kehidupan ku. Aku tidak mahu menjalin sebuah perhubungan berlandaskan kepalsuan. Aku hanya mahukan kejujuran dan keikhlasan. Sedari dulu sehingga kini itu yang ku pinta darinya. Aku tidak mengharapkan kemewahan atau di limpahi dengan wang berjuta, apa yang ku harapkan adalah diri nya yang dulu yang begitu menyayangi dan menyintai aku sepenuh hati nya. Aku tidak mahu kemewahan menggaburi mata lantas sikap peribadi juga turut hanyut di dalam kemewahan. Aku ingin kan kejujuran dan keikhlasan. Berterus terang lah walau pun kebenaran itu kadang kala amat menyakitkan.
Andai telah hadir kasih yang baru di danau hati mu sebaik nya kau jujur memperkatakan tentang hubungan baru mu itu. Aku mampu menerima setiap keputusan tapi aku tidak mahu terus-terusan di tipu. Amat menyakit kan bilamana orang yang kita sayang sanggup mendustai kita. Aku lebih rela kehilangan diri mu dari terus menjadi mangsa penipuan. Aku tidak mahu kehidupan kini di saluti oleh kepuraan dan kepalsuan. Ianya amat menyakitkan dan terlalu sukar untuk aku menelan segala keperitan itu. Aku hanya manusia biasa dan aku bukan nya DEWI yang memiliki hati suci. Ada kalanya aku menangis, ada kalanya aku ketawa. Kesedihan yang kau hadiah kan kini tiada terperi untuk aku menanggungnya. Walau apa pun fikir lah sementara masih ada waktu. Kerana selepas ini mungkin aku tidak akan kau temui lagi. Tidak di dunia nyata dan tidak juga di dunia khayalan.. aku akan pergi dan tidak akan kembali lagi...
Jaja290470
Posted by Jaja Nor at 4:46 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)