Buta kah aku selama ini atau aku hanya membutakan mata melihat pembohongan nya terhadap aku. Apa kah kerna kasih sayang ku terhadap nya telah menutup mata hati ku terhadap segala pembohongan nya. Dengan hanya satu panggilan telefon segala nya terbongkar, aku terkaku bila mana mendengar semua perbualan nya. Aku tidak pernah menyangka setiap tutur kata nya adalah sebuah kepalsuan. Bicara lembutnya hanya untuk menutup kepalsuan yang selama ini ada di dalam jiwanya. Benar lah seperti katanya selama ini kenangan itu tidak mampu untuk di nyah kan dalam diri nya dan dia masih merindui setiap kenangan itu dan kehadiran aku tiada bermakna buatnya. Hadirnya aku hanya sandaran semata. Aku tidak akan menyalah kan mana-mana pihak dan aku tidak akan menyalah kan diri nya kerna ini jalan yang ku pilih. Aku telah membuat keputusan aku telah memilih dirinya untuk menjadi peneman malam ku lantaran itu aku harus bersedia untuk menerima seribu kemungkinan di dalam perhubungan ini.
Kasih sayang ku telah ku peruntuk kan semua nya untuk dirinya, tiada tersisa untuk yang lain walau pun ada segelintir yang masih menunggu jawapan dari ku. Untuk apa lagi aku terus memburu dan di buru sedangkan segala apa yang aku cari dan nanti selama ini telah ku temui di hujung usia ku kini. Aku hanya mampu tersenyum di dalam kesedihan yang teramat. Aku harus membuat pilihan kini untuk meneruskan perhubungan atau membuang dirinya jauh dari kehidupan ku. Aku tidak mahu menjalin sebuah perhubungan berlandaskan kepalsuan. Aku hanya mahukan kejujuran dan keikhlasan. Sedari dulu sehingga kini itu yang ku pinta darinya. Aku tidak mengharapkan kemewahan atau di limpahi dengan wang berjuta, apa yang ku harapkan adalah diri nya yang dulu yang begitu menyayangi dan menyintai aku sepenuh hati nya. Aku tidak mahu kemewahan menggaburi mata lantas sikap peribadi juga turut hanyut di dalam kemewahan. Aku ingin kan kejujuran dan keikhlasan. Berterus terang lah walau pun kebenaran itu kadang kala amat menyakitkan.
Andai telah hadir kasih yang baru di danau hati mu sebaik nya kau jujur memperkatakan tentang hubungan baru mu itu. Aku mampu menerima setiap keputusan tapi aku tidak mahu terus-terusan di tipu. Amat menyakit kan bilamana orang yang kita sayang sanggup mendustai kita. Aku lebih rela kehilangan diri mu dari terus menjadi mangsa penipuan. Aku tidak mahu kehidupan kini di saluti oleh kepuraan dan kepalsuan. Ianya amat menyakitkan dan terlalu sukar untuk aku menelan segala keperitan itu. Aku hanya manusia biasa dan aku bukan nya DEWI yang memiliki hati suci. Ada kalanya aku menangis, ada kalanya aku ketawa. Kesedihan yang kau hadiah kan kini tiada terperi untuk aku menanggungnya. Walau apa pun fikir lah sementara masih ada waktu. Kerana selepas ini mungkin aku tidak akan kau temui lagi. Tidak di dunia nyata dan tidak juga di dunia khayalan.. aku akan pergi dan tidak akan kembali lagi...
Jaja290470
0 comments:
Post a Comment