BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 28, 2010

terjerih aku menanti kehadiran nya...kini hampa

seperti insan lain aku di lahir kan ke dunia oleh bonda ku.. seperti anak2 kecil yg lain juga aku mempunyai ragam sewaktu usia pembesaran ku.. aku lasak tidak seperti budak2 perempuan yang lain.. sikap ku lebih kepada sikap lelaki. aku memang gemar memanjat pokok rambutan. bergayut di pohon rambutan, disitu lah juga tempat aku menyembunyikan diri bila mana ayahanda ku mengamuk.. hehehehe pendek kata aku memang anak yang cukup2 lasak.... bila usia ku meningkat perubahan ku mula ketara, aku mampu melihat benda2 ghaib yang orang lain tak nampak. aku juga mampu mendengar suara2 manusia yang bercakap yang aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya suara itu.. aku menjadi takut dan pernah satu masa aku demam teruk di sebabkan itu semua. ayahanda ku yang mengubati ku dan menceritakan semua kejadian itu. aku mula faham sedikit demi sedikit. walau pun aku tidak mahu mendengar atau melihat itu semua lagi namun aku tidak mampu untuk menolak nya.. semakin hari semakin nyata aku melihat kewujudan penghuni lain di muka bumi ini..
bila usia ku meningkat remaja aku sering mendapat mimpi yang aneh2 hingga kan aku menjadi takut. aku jadikan ayahanda ku tempat aku mencurah kan segala permasalahan ku itu.. ayahanda lah tempat aku menceritakan segala dan ayahanda lah yang selalu menasihati dan mengajar aku untuk lalui semua itu dengan berani dan pasti.. hingga lah aku mendapat mimpi tentang pernikahan ku di alam sana. aku di ijab kan dengan lelaki yang aku tidak kenal. dewa dah dia atau bunia kah dia atau manusia jenis apakah dia yang di ijabkan bersaksi kan semua yang ada.. esoknya aku terus nyatakan tentang mimpi ku itu.. ayahanda diam terkaku bila mendengar semua perkabaran ku itu....
semakin aku dewasa mimpi itu selalu ada sehingga kan terbawa sampai 41 hari. semua yang ada di dalam mimpi itu seperti nyata aku laluinya. sekali lagi aku kabarkan tentang mimpi itu pada ayahanda, terdiam juga tidak terkata. terkunci bicara ayahanda ku.  aku juga keliru tentang pernikahan ku itu... walau apa pun selama 41 hari aku bersama orang yang aku tidak kenali..melayani aku dengan penuh kejujuran. dan aku tahu sinar cahaya dimata nya penuh kejujuran dan keikhlasan. aku mencari insan itu selama 23 tahun.. dan selama itu juga aku tidak pernah lupa akan wajahnya.. terbayang di mata seiring dengan pernafasan ku. aku ingin menemui dirinya..ingin sekali aku menatap dan mencium tangan nya. tapi SIAPA KAH INSAN ITU...?
kini setelah genap 23 tahun aku menemui dirinya berdiri tegap di hadapan ku. terkebil mata ku merenung dirinya dan berdebar jantung ku menahan rasa di jiwa. siapa kah dia..? benar kah dia yang wujud berdiri di hadapan ku ini..? tapi kenapa baru sekarang dia menghadirkan diri setelah aku mula mencuba untuk melupai dirinya.. kenapa di waktu aku memerlukan dirinya dia tidak pernah untuk hadir kan diri.... benar kah dia yang hadir di dalam mimpi ku selama 41 hari tu..? terjerih aku untuk memiliki dirinya namun aku hampa... dan penantiaan ku selama ini tidak membawa apa2..aku hanya mampu memandang tapi tidak memiliki....


jaja290470

Monday, December 27, 2010

penantian berbunga kasih

Hari ini aku mencuba lagi untuk menulis walau pun didalam keadaan ku yg tdk seberapa baik.. Hati yg berdarah dan terluka. Namun aku mencuba sebaiknya untuk menulis, ingin aku meluahkan segala didada penulisan ini. Bukan niat ku untuk menolak cinta dari mu cuma aku tidak mampu untuk menerima cinta lain selain dia. aku setia menanti akan kepulangan nya dan aku akan tetap setia menantinya. biar pun ramai di kalangan rakan2 ku mempersendakan penantian ku namun aku tetap sabar menanti. aku tahu dia pasti kembali. aku yakin itu.kerna aku mengenali siapa dirinya...
Hari ini genap lah 2 tahun aku menanti dirinya.. dia lenyap seperti di telan bumi tiada perkhabaran lansung. sunyi dan sepi seperti pelabuhan di tinggalkan kapal. aku tetap menanti dan terus menanti kerna hati kecil ku begitu yakin dia akan kembali.. pasti kembali. di tempat ini suatu masa dulu aku bersama nya dan hari ini demi mengingati setiap detik itu aku menghadirkan diri berdiri menanti penuh harap.. "assalamualaikum.." satu suara hinggap di cuping telinga ku. seakan dunia berhenti berputar di kala suara itu mengucapkan salam.. aku tahu siapa pemilik suara itu.. ya tuhan bermimpi kah aku..? "walalaikummussalam" aku menjawab tanpa menoleh kebelakang. aku tidak mahu menghilangkan keyakinan ku itu kiranya aku menoleh.. aku tetap menghadap laut yang terbentang luas." boleh saya tumpang melihat laut.." huh.. mimpi kah aku..? atau ini semua khayalan aku semata.." laut ini bukan kepunyaan saya, ia kepunyaan semua.. sila lah.." aku masih tidak berganjak menatap ombak. " kenapa saudari suka melihat ombak dari melihat saya..?" ya tuhan bermimpi kah aku ini.. seperti mahu gugur jantung ini bila suara itu semakin mnghampiri.. aku menoleh pasti, aku tidak mahu suara itu hilang di telan dek bising sang ombak.. " azwan..?" dia tersenyum seperti biasa masih tidak berubah.. " hemm lebih suka melihat ombak ya dari melihat muka az.. ya lah siapa lah az ni kan.." masih dengan senyuman dia mengusik aku yang masih kaget dengan kemunculan diri nya. "bu...bukan macam tu.." tergagap aku membetul kan keadaan... "cuma..." "cuma apa..?" ayat ku di potong tanpa sempat aku menerangkan nya.. "az lah ni, kenapa masih tak caya ya.." pipi ku di cubit.."auss..sakit..." seperti biasa aku mengadu kesakitan dan seperti biasa pipi ku juga lah yang akan menjadi mangsa cubitan nya.."hemm tahu sakit ya, ingat mimpi ke bila tengok az di depan mata ni.." aku sedar kini aku tidak bermimpi aku tidak berkhayal..dia berada di depan mata ku kini. insan yang selama ini aku menanti penuh harap telah berada betul2 didepan ku.. ya tuhan betapa bertuahnya aku kini.. " kemana az menghilang selama 2 tahun ju tunggu.." aku bertanya soalan yang sudah lama ku simpan.." az keja lah syang, mana lagi az pegi..sayang kan tahu az susah nak dapat cuti.." tangan ku di genggam penuh erat seperti dia juga merindui ku.. " ya tahu tu tapi tak kan az tak boleh hubungi ju untuk bagi tahu keadaan az, bukan sekejap tau ni dah 2 tahun.." aku mula meluahkan rasa tidak senang ku dengan sikap nya.." hemmm...dia mula dah... az dah balik kan sekarang ni, berada betul2 depan ju.. ju tak suka ke..?" sebuah pertanyaan yang begitu berat untuk aku menerima nya.. " kalau ju tak suka ju tak akan datang kesini dengan harapan ju dapat berjumpa dengan az hari ni. az tolong lah jangan buat ju macam ni lagi.." air mata mula menitis. tidak mampu untuk aku menahan sebak. " ok..ok sayang az janji az akan call ju setiap masa nanti k.." tangan ku di cium tanda kemaafan.. begitu lah sikap nya selama aku berada bersama nya. tidak ada yang berubah walau pun sudah 2 tahun aku tidak menemuinya. "ju, az ada sesuatu untuk ju..tak tahu lah ju suka atau tidak..." dia menghulurkan sebuah kotak berwarna pink. hati ku berdebar..." apa ni.." aku bertanya pendek.."buka lah nanti ju akan tahu.." aku membuka kotak pemberiannya dengan penuh hati2.. Ya tuhan sebentuk cincin berlian berkilau indah di dalam nya.. " untuk apa ni az, kenapa hadiah kan ju dengan cincin semahal ini.." " kita kawen sayang..." hanya itu ucapan nya.. aku terkejut dengan lamaran nya di petang yang semakin menggelap.. " az melamar ju..?" aku bertanya seperti orang bodoh.. dia hanya tersenyum mengiakan pertanyaan ku.. aku terharu lantas ku peluk dia yang masih tersenyum.." kita kawen sayang...sudikah ju menerima az seadanya az.." aku hanya mengangguk tanpa bicara. hanya airmata yang berbicara dikala itu. betapa bertuahnya aku, selama 2 tahun aku menanti dia dengan penuh sabar dan ini lah hasil berkat kesabaran ku itu... terimakasih azwan kerana tetap memilih aku biar pun tahun silih berganti...


jaja290470 

Tuesday, December 21, 2010

terkunci bicara....

Hari ini 22 Dec 2010 baru aku sedari yang aku di permainkan oleh janji manis nya.. menyampah aku dibuatnya. tapi salah aku juga sebab terlalu dungu mempercayai dirinya 100%. dah mmg sikap aku mcm tu percaya kan org yg aku syg dgn jujur, ikhlas dan telus. utk apa lg aku meragui sikapnya, itu fikir ku tp rupa2nya di sebalik kpercayaan ku dia msh lagi bsikap sprt dulu... peramah tak menentu dgn smua gulz yg dia kenal... katanya dulu tak nk bhubung dengan semua ex nya tapi rupa2nya dia msh bhubung, tidak pun dia cari gulz baru untuk disapa dan dijadikan teman borak nya di alam maya.. huh... aku begitu percayakan phubungan ini dgn penuh ikhlas tnpa ada rasa curiga tp.... itu lah kaum adam snantiasa rasa tdk cukup dgn apa yg dia miliki... bila yg dimiliki sudah lenyap dr pandangan mata nya dan dr sisi nya baru dia akan myesal dan mahu menghargai...tp di waktu itu utk apa lagi...?
nak tangisi sebuah kehilangan pun dah tak guna sbb lau hati merana ni susah juga untuk di ubati... aku pun satu suka mengalah walau pun hati aku perit di sakiti.. di bohongi pun masih mampu ketawa. bodoh, bebal btul aku ni. ya lah itu lah aku... aku mengalah bukan bermakna aku salah atau aku kalah, aku mengalah kerna perjanjian aku dgn dia untuk berlaku jujur, ikhlas dan telus dlm phubungan ini.. itu yang aku pegang tapi dia kini rasanya dah mula lupa dengan semua perjanjian itu... tak mengapa lah sementara aku masih bernyawa aku akan mengalah tapi kiranya suatu detik kelak semua bicara ku terkunci, maaf kan aku bila tiba nya saat itu nanti.. kau harus berfikir tentang silap diri mu sendiri dalam perhubungan kita ini..  JUJUR, IKHLAS DAN TELUS ITU LAH PERJANJIAN KITA....!!!!!!!!!!!!!


jaja290470

Monday, December 13, 2010

izin kan aku

Aku tidak pernah terfikir akan terlibat di dalam kancah permasalahan ini. aku juga tidak pernah terfikir untuk merasai kesakitan sebegini. seperti kata pepatah harapkan panas berpanjangan tapi hujan di tengahari. aku amat bahagia setelah apa yg aku nanti selama 23 tahun telah ku temui.. walau pun pertemuan ini berbeza dr pertemuan yg lain namun aku bersyukur kerna dia juga mengalami apa yang aku alami. walau pun tidak kesemuanya dia menerima mimpi seperti aku namun yang pasti nya satu mimpi itu amat pasti kerana kami berdua mengalami nya. kenapa aku yg di pilih untuk menjadi peneman hidup nya. walau apa pun di waktu itu aku amat bahgia kerna apa yg ku nanti telah ada di depan mata ku. menjadi kan aku insan yang paling bahagia apa tah lagi sewaktu menunaikan solat buat pertama kali, bacaan nya sama seperti bacaan di dalam mimpi ku selama 41 hari itu.menitis airmata ku tak kala surah yang di baca nya itu adalah surah yang sering kali ku dengar di dalam mimpi.. 41 hari aku mendengar bacaan dari surah yang sama. apa kah semua nya kebetulan atau telah tertulis segalanya.
kami layari kisah kasih kami seperti biasa namun ternyata aku masih gagal untuk menjadi sempurna di depan matanya. aku mencuba untuk tidak berfikiran negatif dan senantiasa berfikiran positif. salah siapakah kiranya setiap perlakuan nya mampu aku melihat.. aku tidak pernah meminta di lahirkan sebegini, yang mampu melihat setiap gerak geri pasangan nya. aku cuma insan biasa itu yang ku tahu. apa kah perasaan yang akan dirinya lalui andai dapat melihat setiap gerak geri ku seperti mana aku mampu melihat dirinya. aku hanya bertahan walau pun aku cemburu melihat dirinya di dampingi oleh wanita lain. aku juga hanya bertahan bila mana aku di bandingkan dengan wanita2 yang hadir di dalam dirinya sebelum aku. apa salah ku hingga sanggup dirinya membandingkan aku dengan mereka2 yg terdahulu dr aku.. aku menangis tapi air mata ku hanya mengalir di dalam hati.. meraung aku hanya jiwa ku yang mendengar. sakit ku hanya diri ku yang merasai.. di kala ini lagu satu wajah berkumandang enak di telinga.. ku hayati baris2 lirik begitu menyentuh hati dan perasaan ku.
ingin sekali aku kembali mengikut jejak nenda dn ayahanda bonda. tidak ada gunanya aku disini lagi andai aku penyebab dirinya tertekan dan terseksa.. sebuah perhubungan tidak mampu bertahan andai diri merasa tertekan di antara satu sama lain. aku ingin kembali buat selamanya dan terus ghaib dari ingatan nya supaya dia mampu mencari penganti aku yang mampu memahami setiap kemahuan nya dan yang mampu membahagia kan diri nya.. tidak seperti aku selalu membeban kan diri nya.. maaf kan aku di atas keputusan ini.. 


jaja290470

pergi ku untuk selama nya..


Buta kah aku selama ini atau aku hanya membutakan mata melihat pembohongan nya terhadap aku. Apa kah kerna kasih sayang ku terhadap nya telah menutup mata hati ku terhadap segala pembohongan nya. Dengan hanya satu panggilan telefon segala nya terbongkar, aku terkaku bila mana mendengar semua perbualan nya. Aku tidak pernah menyangka setiap tutur kata nya adalah sebuah kepalsuan. Bicara lembutnya hanya untuk menutup kepalsuan yang selama ini ada di dalam jiwanya. Benar lah seperti katanya selama ini kenangan itu tidak mampu untuk di nyah kan dalam diri nya dan dia masih merindui setiap kenangan itu dan kehadiran aku tiada bermakna buatnya. Hadirnya aku hanya sandaran semata. Aku tidak akan menyalah kan mana-mana pihak dan aku tidak akan menyalah kan diri nya kerna ini jalan yang ku pilih. Aku telah membuat keputusan aku telah memilih dirinya untuk menjadi peneman malam ku lantaran itu aku harus bersedia untuk menerima seribu kemungkinan di dalam perhubungan ini.
Kasih sayang ku telah ku peruntuk kan semua nya untuk dirinya, tiada tersisa untuk yang lain walau pun ada segelintir yang masih menunggu jawapan dari ku. Untuk apa lagi aku terus memburu dan di buru sedangkan segala apa yang aku cari dan nanti selama ini telah ku temui di hujung usia ku kini. Aku hanya mampu tersenyum di dalam kesedihan yang teramat. Aku harus membuat pilihan kini untuk meneruskan perhubungan atau membuang dirinya jauh dari kehidupan ku. Aku tidak mahu menjalin sebuah perhubungan berlandaskan kepalsuan. Aku hanya mahukan kejujuran dan keikhlasan. Sedari dulu sehingga kini itu yang ku pinta darinya. Aku tidak mengharapkan kemewahan atau di limpahi dengan wang berjuta, apa yang ku harapkan adalah diri nya yang dulu yang begitu menyayangi dan menyintai aku sepenuh hati nya. Aku tidak mahu kemewahan menggaburi mata lantas sikap peribadi juga turut hanyut di dalam kemewahan. Aku ingin kan kejujuran dan keikhlasan. Berterus terang lah walau pun kebenaran itu kadang kala amat menyakitkan.
Andai telah hadir kasih yang baru di danau hati mu sebaik nya kau jujur memperkatakan tentang hubungan baru mu itu. Aku mampu menerima setiap keputusan tapi aku tidak mahu terus-terusan di tipu. Amat menyakit kan bilamana orang yang kita sayang sanggup mendustai kita. Aku lebih rela kehilangan diri mu dari terus menjadi mangsa penipuan. Aku tidak mahu kehidupan kini di saluti oleh kepuraan dan kepalsuan. Ianya amat menyakitkan dan terlalu sukar untuk aku menelan segala keperitan itu. Aku hanya manusia biasa dan aku bukan nya DEWI yang memiliki hati suci. Ada kalanya aku menangis, ada kalanya aku ketawa. Kesedihan yang kau hadiah kan kini tiada terperi untuk aku menanggungnya. Walau apa pun fikir lah sementara masih ada waktu. Kerana selepas ini mungkin aku tidak akan kau temui lagi. Tidak di dunia nyata dan tidak juga di dunia khayalan.. aku akan pergi dan tidak akan kembali lagi...

Jaja290470

kasih yang hilang


LENYAP SUDAH KASIH DI HATI
TANPA ADA PERBALAHAN RASA
BIAR KU SENDIRI UNTUK MENGUBATI
JIWA PARAH KERNA TERLUKA
KASIHNYA LAHIR TANPA DI PAKSA
BERKORBAN SEMUA SEGALA-GALA
ANDAI DIRI KU TIADA BERMAKNA
BIARLAH AKU MENANGGUNG DERITA
MERINDU MENYAYANG PADA YANG SUDI
MENJAUH MENGHILANG KERNA TERPAKSA
BUKAN RASA IRI DAN DENGKI
CUMA HANYA MEMBALAS JASA

Jaja290470

pria pujaan


BERKOCAK PERAHU DI PINTU MUARA
BERDEBAR RASA BERGETAR DADA
APALAH NASIB DATANG MENIMPA
KASIH KU CURAH HAMPA BELAKA
SURUT NYA AIR MENINGGAL KAN TANDA
SURUTNYA KASIH MENINGGAL KAN KESAN
APALAH NASIB JIWA DAN RAGA
TIDAK DI TAGEH EHSAN NYA ORANG
BERKOLEK MENDAYUNG MENJAUHI SEGALA
AGAR TERBATAS SEGALA RASA
INGIN DI HIBUR JIWA YANG DUKA
PADA SIAPAKAH HARUS DI LUAH SEGALA...
ADUHAI NENDA SEKELIAN YANG ADA
JIWA GUNDAH TIADA PENYEBABNYA
APA RAHSIA APA KESUDAHANNYA
KENAPA HARUS DERITA MELANDA
JIWA GUNDAH TERSAYAT RASA
MENERIMA BINGKISAN SEBEGITU RUPA
ADUHAI NENDA LENYAPKAN SEMUA
AGAR TENANG SEGALA DI JIWA

Jaja290470

janji ku untuk mu


Suasana malam yang sunyi mendekatkan aku pada memori yang selama ini ingin ku buang dari ingatan ku. Puas aku mencuba untuk melupai namun memori itu tetap singgah di jendela hati, mengusik kembali setiap detik pertemuan bersama nya. Berdosakah aku kerna tetap merindui nya sedang kan aku kini bersama yang lain. Aku teramat bahagia kini namun kenangan itu sering mengganggu kebahagiaan ku itu lantas mencampak kan aku ke danau resah yang berpanjangan.
Bukan sengaja aku mengimbau kenangan itu, bukan aku tidak mencuba membuang setiap inci kenangan itu. Malah andai mampu ingin sekali rasanya aku mencuci kenangan itu bersama bahan peluntur agar ia terus hilang tanpa meninggal kan sisanya. Tapi mampu kah aku..? persoalan itu sering kali muncul bila mana fikiran bodoh dengan soalan paling bodoh itu ku utara kan.. aku tahu hanya dengan doa aku mampu menghilang kan semua kenangan itu. Aku tahu itu tapi kenapa tidak aku terus berdoa pada ‘nya’ agar aku mampu tenang dan damai bersama gadis pilihan ku kini. Dan yang pastinya aku tidak akan lagi mengguris hati dan perasaan nya walau seinci. Ya itu memang jalan terbaik buat ku.
Aku menatap wajah bening nya, ku lihat ada tanda resah yang teramat. Tapi kenapa tidak kau kemuka kan keresahan itu sayang, kenapa kau tetap membisu sedang kan jiwa mu parah menanggung sejuta persoalan yang tidak mampu kau menjawabnya. Secalit senyuman senantiasa terukir di bibir nya walau pun di hati remuk memendam rasa. Itu lah kelebihan dirinya berbanding yang lain... arghhhhh....!!! kenapa harus aku banding kan diri nya dengan yang lain.? Cukup lah sekali aku melaku kan kesilapan dengan membanding kan dirinya dengan mereka-mereka yang terdahulu dari dirinya. Aku cukup terseksa melihat dirinya menangis tanpa sepatah bicara. Bicara nya kaku tiada soalan untuk di perbahas kan.. hanya suara tangisan mengiringi lewat pertemuan itu. Aku kesal dan aku menyesal dengan tindakan ku itu. Cukup lah...cukup lah hanya sekali aku menyeksa nya sebegitu.
Hari ini hari yang paling bahagia, hari ini ulangtahun ke 7 aku bersama nya. Aku tidak mahu lagi melihatnya menangis. Aku ingin melihatnya terus tersenyum di dalam pelukan ku. Aku tidak mahu lagi air mata nya tumpah di pipi nya yang gebu. Tidak akan ku izin kan lagi. Itu janji ku pada diri ku walau sesukar mana sekali pun aku akan menjaga hati dan perasaan nya... sayang... akan ku bajai setiap benih kasih sayang yang kau beri kan buat ku. Akan aku menjaga ia sesempurna dan sehayat ku...itu janji ku untuk mu sayangku...


Jaja290470

Sunday, December 12, 2010

kehadiran mu nadi kehidupan ku...


Aku menerima berita ini dengan penuh pasrah walau pun amat mengecewakan namun aku terpaksa akur aku tidak ada rezeki untuk melihat ia hadir di dunia ini.. baru saja berita gembira ini ku terima kini aku terpaksa pula menerima perkhabaran buruk. Doktor mengesah kan aku mengandung setelah hampir 11 tahun aku menanti kehadiran nya kini aku di kejut kan pula dengan kehilangan nya.. aku keguguran buat kali kedua. Kenapa tidak lama ia berada di dalam kandungan ku.. kenapa ia selalu hilang setelah aku bahagia menerima kehadiran nya. “abang, as ada sesuatu nak katakan pada abang. As harap abang tak marah kan as ya.” Aku berharap agar suami ku tidak meletak kan kesilapan di atas kehilangan bayi ku ini.. “ apa sayang.. kenapa pulak abang nk marah kan as, cakap lah abg  dengar ni..” sebuah kucupan singgah di dahi ku.. begitu lah sikap suami ku menambahkan lagi sayu di hati ku. “ abg, sebenarnya....” aku terdiam seketika bagi mengumpul tenaga untuk menerangkan keadaan ku kini. “ ada apa sayang..” badan ku di peluk erat. Aku menangis dalam pelukan nya. “ abang, as keguguran lagi.. maaf kan as bang. As pun tak tahu macamner ia boleh jadi.as tak tahu bang.. as minta maaf...” aku menangis teresak-esak seperti anak yang menangis di pangkuan ibu nya.. aku melihat ada air jernih yang mengalir di pipi nya, aku tahu betapa hatinya hancur dengan berita yang ku sampaikan ini. Aku tahu 11 tahun penantian bukan satu jarak masa yang singkat. Aku juga tahu dia amat kecewa. Berdosa kah aku membuatkan suami ku menangis, tapi aku tidak meminta ini semua terjadi.. “abang marah kan as..?” aku bertanya setelah esakan ku reda.. “ tak lah sayang, kenapa pula harus abang menyalah as. Ini semua bukan kuasa kita sayang. Tak mengapa lah nanti kita cuba lagi ya..” jenaka nya hanya untuk menutup kesedihan di hati nya. “hemmm... abang harap sayang jangan sedih2 ya, rezeki kita hanya untuk 2 bulan menerima kehadiran nya bersama kita. Kita kena redha.” Pelukan nya semakin erat dan aku menangis lagi.. anak ku, biar pun kehadiran mu bersama ibu hanya untuk 2 bulan namun ibu bahagia kerna pernah memiliki kehadiran mu.. kau lah cahaya kehidupan ibu. Dan suami ku aku benar2 memohon kemaafan di atas semua yang terjadi..


Jaja290470.