Di luar hujan mencurah di dalam kepekatan malam seakan mengundang tengkujuh sebelum waktunya.... kenapa kini musin juga tidak mengikut urutan musim yg sewajarnya. Menjadikan manusia sukar untuk meramal untuk esok nya.. Kedengaran batuk di hujung serambi menandakan nenek masih berjaga. Walau pun malam makin menjauh namun nenek masih juga termenung di serambi yang menjadi tempat utama nya... aku bingung memikir kan sikap nenek, terlalu sabar dalam menangani sebarang masalah yang datang. Aku tidak mampu menjadi seperti nenek. Aku tidak sekuat nenek dan aku juga tidak mampu berdiri segagah nenek didalam menghadapi sesuatu masalah. Nenek lah tempat ku bermanja dan nenek juga tempat untuk ku berkongsi segala nya.. kiranya nenek juga meninggal kan aku bagaimana kah nanti keadaan ku... arhh... aku mengeluh dan aku tidak mahu memikir kan akan kejadian untuk esok nya. Biarlah waktu menentukan segala dan aku di waktu itu akan pasrah menerima segalanya. Biar separah mana aku di waktu itu aku harus berani untuk menghadapi nya. “nenek...malam dah larut kenapa nenek masih belum tidur..” aku mengusap belakang nenek dengan penuh kasih sayang. Hanya aku cucu nya yang ada..”nenek belum mengantuk lagi cu. Biar lah nenek disini untuk menatap malam yang nenek sendiri tidak tahu berapa lama lagi nenek mampu melihat nya..” begitu sayu bicara nenek di waktu ini.. kenapa aku merasakan ada kelainan di dalam nada nenek.. aku begitu terganggu dengan situasi nenek kala ini. Begitu berbeza nada bicara nenek seakan.... arghhhh... tidak..! tidak mungkin itu akan terjadi... aku tidak mahu kehilangan nenek kala ini.. aku memerlukan nenek di sisi aku, membantu aku di dalam permasalahan yang sedang aku hadapi. “ nenek, kenapa nenek berbicara seperti itu.. nenek harus kuat nenek harus bersama farhana.. nana tiada sesiapa lagi nek, nana hanya ada nenek..” aku mula menitiskan air mata. Tidak mampu untuk aku menahan air mata ini dari menitis mendengar bicara nenek sebegitu. Aku tidak sekuat dan tidak segagah nenek untuk berdiri mengharungi kehidupan yang penuh mencabar ini keseorangan, aku memerlukan nenek di sisi aku. “ nek, nana tidur dengan nenek malam ini ya..” aku mula bermanja dengan nenek. Ku lihat nenek tersenyum dengan penuh kasih nenek mengusap kepala ku. Aku anak tunggal pada pasangan Hashim dan farhida yang terlibat di dalam kemalangan ngeri sewaktu aku berumur 7 tahun.. yang belum mengerti apa2 di waktu itu. Selepas kemalangan itu aku di jaga oleh nenek dengan penuh kasih sayang dan bagai menatang minyak yang penuh nenek mengasuh aku tanpa ada keluh resah. Aku di jaga sehingga kini, sehingga menjadikan aku manusia yang mampu berdiri setaraf dengan kaum lelaki. Aku di beri pendidikan yang secukupnya oleh nenek. Bagaimana nanti kiranya nenek meninggal kan aku...?
Jaja290470
0 comments:
Post a Comment